Wednesday, June 13, 2012

Ganti Orang Andai Lama.....GOAL


GOAL .... GOAL ...GOLLLL...


Berjaya jugak akhirnya untuk menjaringkan gol diminit2 akhir untuk membawa pasukanku ke perlawanan seterusnya….
Itulah gol pertama ku dalam pertandingan pertama…tercapai sudah misi ku untuk hari ini….

Goal,- gol,- impian

Adakah perkataan-perkataan itu sama ertinya….bagiku yg hanya mampu mengira waktu demi waktu, kadang kala perkataan berikut membawa maksud yg berbeza dan kadang kala ia membawa maksud yg sama…

Biarkan tulisan ini becerita…

Bila kita berbicara tentang impian, siapa yg xpunya impian. Dan impian masing2 berbeza dengan apa yg mungkin ada dlam hati masing2….

Impian saya ialah seperti yg pernah saya tulis ketika disoal semasa berkonferensi bersama para pelajar dari pelusuk dunia ialah saya ingin menjadi manusia, dimana sentiasa ingatkan kematian yg sentiasa menanti waktunya…

Pabila soalan itu disoal kepada teman disebelah saya, iaitu seorang pelajar dari University of Michigan, jawapannya cukup menarik perhatian saya kerna he is a non-Muslim, His answer is “ I want to know and keep on searching for the light that are always enlighten me during my painful and busiest time”.

Pakar motivasi itu hanya tercengang melihat dia dan berlalu pergi. Terus saya tanpa menanti masa pergi begitu sahaja bertanya pada dia, “Iam sorry brother, can I ask u something, what do u mean by searching for the light. Is it  like light of the road light Or other things. Jawapan nya selepas itu paling ringkas dan mudah untuk difahami tetapi sukar untuk ditelani. Jawapan nya ialah, the light is the religion,religion supposed to make their follower have an easy life not the other way around. Hanya


senyuman yg dapat ku berikan padanya…
Misi….

Apakah aku ada misi yg perlu aku lunaskan dan bilakah tarikh tamat dan berapa tempoh yg aku ada…. Ketika di dalam majlis ilmu, misi utamaku ialah mendengar penerangan guru  dan teruskan menyedut seberapa banyak ilmu yg diberikan..andai gagal dalam misi yg mudah begini maka, sukarlah untukku meneruskan perjuangan yg berlandaskan ilmu…kerna tanpa ilmu siapalah kita…
Sesungguhnya untuk berbicara tentang sesuatu kita perlukan ilmu, dan dalam mencari ilmu kita seelok eloknya berguru….

Pernah saya terbaca sebuah kata pujangga “dunia ini ibarat pentas, kita adalah pelakon pelakonnya. Maka berlumba lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.”

Misi ku seterusnya ialah untuk mencari dia, dia teruskan ku cari dalam ratusan manusia yg kutemui setiap hari.
 Ditakdir kan Allah s.w.t, aku bertemu dengan nya ketika aku sedang sibuk mengendalikan program. Dia hanya duduk dan melihat perbuatan ku mengendalikan program tersebut. Aku hanya tersenyum melihat dia dan aku berlalu pergi, mungkin kerana hati ini belum cukup kuat untuk bertanya padanya tentang dia sendiri….sekali lagi aku teringat pesan Ibuku, “adik, nanti kalau adik jumpa dengan dia, tanyalah dia baik-2 tentang status dia, terus terang dengan dia tentang niat adik, Insya allah, kalau ada jodoh diantara anda berdua ada la nanti ye….”

Pada ibuku yg dihormati dan disayangi,
Adik bertemu dengan dia hari ini dan malam tadi. Memang tiada dlam fikiran adik untuk bertemu dengan dia, mungkin kerna adik hanya berdoa agar di beri petunjuk dalam mencari kebahagiaan kehidupan. Tanpa adik sangka, Allah mengatur sesuatu dengan cantiknya, sesungguhnya dalam setiap kesukaran ada kesenangan, setiap kesukaran disusuli kesenangan.
Ibuku, adik bercadang untuk berkenalan dengan dia melalui orang tengah yakni rakan adik, lebih baik begitu agar dijauhi anasir anasir jahat dari minda adik. Dan mungkin soalan yang terakhir adik ingin bertanya pada dia ialah “ boleh saya tahu, anda sudah berpunya kah? Jika diizinkan Allah dan Wali anda, saya ingin menjadikan anda isteri saya.”

Ibuku yang adik kasihi dan sayangi, moga doamu menjadi kenyataan wahai ibuku…..doakan adik ye ibu…



"di Copy dari blog seorang sahabat"
maaf ye Kawan, saya pinjam ...

No comments:

Post a Comment