Wednesday, June 13, 2012

Ganti Orang Andai Lama.....GOAL


GOAL .... GOAL ...GOLLLL...


Berjaya jugak akhirnya untuk menjaringkan gol diminit2 akhir untuk membawa pasukanku ke perlawanan seterusnya….
Itulah gol pertama ku dalam pertandingan pertama…tercapai sudah misi ku untuk hari ini….

Goal,- gol,- impian

Adakah perkataan-perkataan itu sama ertinya….bagiku yg hanya mampu mengira waktu demi waktu, kadang kala perkataan berikut membawa maksud yg berbeza dan kadang kala ia membawa maksud yg sama…

Biarkan tulisan ini becerita…

Bila kita berbicara tentang impian, siapa yg xpunya impian. Dan impian masing2 berbeza dengan apa yg mungkin ada dlam hati masing2….

Impian saya ialah seperti yg pernah saya tulis ketika disoal semasa berkonferensi bersama para pelajar dari pelusuk dunia ialah saya ingin menjadi manusia, dimana sentiasa ingatkan kematian yg sentiasa menanti waktunya…

Pabila soalan itu disoal kepada teman disebelah saya, iaitu seorang pelajar dari University of Michigan, jawapannya cukup menarik perhatian saya kerna he is a non-Muslim, His answer is “ I want to know and keep on searching for the light that are always enlighten me during my painful and busiest time”.

Pakar motivasi itu hanya tercengang melihat dia dan berlalu pergi. Terus saya tanpa menanti masa pergi begitu sahaja bertanya pada dia, “Iam sorry brother, can I ask u something, what do u mean by searching for the light. Is it  like light of the road light Or other things. Jawapan nya selepas itu paling ringkas dan mudah untuk difahami tetapi sukar untuk ditelani. Jawapan nya ialah, the light is the religion,religion supposed to make their follower have an easy life not the other way around. Hanya


senyuman yg dapat ku berikan padanya…
Misi….

Apakah aku ada misi yg perlu aku lunaskan dan bilakah tarikh tamat dan berapa tempoh yg aku ada…. Ketika di dalam majlis ilmu, misi utamaku ialah mendengar penerangan guru  dan teruskan menyedut seberapa banyak ilmu yg diberikan..andai gagal dalam misi yg mudah begini maka, sukarlah untukku meneruskan perjuangan yg berlandaskan ilmu…kerna tanpa ilmu siapalah kita…
Sesungguhnya untuk berbicara tentang sesuatu kita perlukan ilmu, dan dalam mencari ilmu kita seelok eloknya berguru….

Pernah saya terbaca sebuah kata pujangga “dunia ini ibarat pentas, kita adalah pelakon pelakonnya. Maka berlumba lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.”

Misi ku seterusnya ialah untuk mencari dia, dia teruskan ku cari dalam ratusan manusia yg kutemui setiap hari.
 Ditakdir kan Allah s.w.t, aku bertemu dengan nya ketika aku sedang sibuk mengendalikan program. Dia hanya duduk dan melihat perbuatan ku mengendalikan program tersebut. Aku hanya tersenyum melihat dia dan aku berlalu pergi, mungkin kerana hati ini belum cukup kuat untuk bertanya padanya tentang dia sendiri….sekali lagi aku teringat pesan Ibuku, “adik, nanti kalau adik jumpa dengan dia, tanyalah dia baik-2 tentang status dia, terus terang dengan dia tentang niat adik, Insya allah, kalau ada jodoh diantara anda berdua ada la nanti ye….”

Pada ibuku yg dihormati dan disayangi,
Adik bertemu dengan dia hari ini dan malam tadi. Memang tiada dlam fikiran adik untuk bertemu dengan dia, mungkin kerna adik hanya berdoa agar di beri petunjuk dalam mencari kebahagiaan kehidupan. Tanpa adik sangka, Allah mengatur sesuatu dengan cantiknya, sesungguhnya dalam setiap kesukaran ada kesenangan, setiap kesukaran disusuli kesenangan.
Ibuku, adik bercadang untuk berkenalan dengan dia melalui orang tengah yakni rakan adik, lebih baik begitu agar dijauhi anasir anasir jahat dari minda adik. Dan mungkin soalan yang terakhir adik ingin bertanya pada dia ialah “ boleh saya tahu, anda sudah berpunya kah? Jika diizinkan Allah dan Wali anda, saya ingin menjadikan anda isteri saya.”

Ibuku yang adik kasihi dan sayangi, moga doamu menjadi kenyataan wahai ibuku…..doakan adik ye ibu…



"di Copy dari blog seorang sahabat"
maaf ye Kawan, saya pinjam ...

Monday, March 12, 2012

Barang UNtuk Galas Anda.......BUNGA.....





Mal...
nape anda suka amik gambar BUNGA ye....
ko ni mat BUNGA ek....
awak ni MAT JIWANG@BUNGA ek....


jawapan saya yup...
betul pun....

saya memang suka amik gambar
BUNGA.
cuma my reason je yg berbeza disebabkan 1 perkara yang berlaku dalam kuliah kat rumah seorang sahabat saya di Negara 14 negeri bulan Februari dulu... ceritanya yg panjang dan telah dipendekkan macam ni la

Wahai teman2 seperjuangan ana sekalian,
pernah x antum semua terfikir kenapa Allah pentingkan kebersihan?
mesti masing-2 ada jawapan sendiri kan.
Bagi ana, kebersihan ni penting becos ia melambangkan siapa kita ni dan penanda arah untuk kita maju ke hadapan..
mari ana bagi contoh yg complex.
kenapa lebah suka pada bunga dan bukan pada batang bunga2 tersebut?
mesti ada sebab kan.....
sebabnya ialah lebah perlukan manisan,
kenapa bunga2 tersebut ada manisan?
reasonnya ialah bunga2 tersebut bersih dari segala kotoran.
bila kita bersih, mudah untuk kita rapat dengan manusia lain.
bila kita bersih, mudah untuk dakwah kita tersebar.
bila kita bersih, kita sentiasa cergas.

kebanyakan dari antum disini suka kan fotografi kan..
apa kata antum semua ikut ana pergi ke taman cari bunga untuk dijadikan model.
selalunya fotog2 ni cari model pompuan cantik haram untuk mereka, tapi mereka still amik gambar pompuan tersebut kan.
jadi apa kata antum semua ikut ana pergi taman petang esok, kita teroka benda baru. insya allah, antum semua akan sedar betapa besarnya kuasa ALLAH s.w.t....

tamat alkisahnya....

Saya xpergi pun petang esoknya sebab pulang ke kampung halaman.
tapi hati ni still teringatkan cerita sahabat saya itu. untuk menenangkan diri saya,
saya selalu pergi amik gambar bunga kalau hati ni rasa xtenang.

kadang2 org gelak tgok saya amik gambar bunga banyak2,
tapi saya xpeduli.
yg penting saya ada reason saya sendiri...

bila difikirkan kembali, sama juga concept dalam mencari pasangan hidup.

kadang2 saya masih menanti dan berfikir kenapa saya masih berdiam diri.


let the time decide...


bulan sentiasa ada bila malam menjelma,

kadang2, bulan tersorok dek kedudukannya,

matahari sentiasa ada bila pagi menjelma,
tapi, akan tiba bila matahari berada di paksi yg berbeza.

Saturday, March 3, 2012

New Reign........1.2.3.4..5.6.7..8.9.0



Bismillah

New Reign has begin....

Selamat sudah dia ke kehidupan barunya, hanya tinggal saya mengejar cita2 yg xseberapa ini...
masih di Universiti yg sentiasa ada perubahan,
Maaf la Raja....saya xtunaikan janji saya....

Janji saya dengan Raja :
  1. saya akan update blog selalu walaupun dia pun xwat macam tu.
  2. mula mencari apa itu kehidupan dari semua sudut. - masih dalam pencarian so xselesai lagi janji ni.
  3. rajinkan diri dan dekatkan diri dgan masjid serta orang2 yg positif
tiada jawapan atau alasan yg mampu saya berikan buat masa ni kerana memang saya mungkir janji.. bukan kerana sengaja tetapi tiada alasan.. saya xnak kata saya terlampau sibuk,
tapi saya agak sibuk, sibuk handle kan program NGO dan BACC..

wahai sahabatku, saya kan ketua mereka,
doakan saya jadi seorang pemimpin yg adil..
saya takut saya xmampu jadi seorang pemimpin yg begitu.
tapi saya cuba untuk jadi begitu.

Wahai Teman,

ini photo dari seorang sahabt kepada sahabat yg lain....



Sunday, February 19, 2012

New Students



new Reign had begun....
sebenarnya blog ni akan di 'take over ' oleh sahabat saya sementara waktu....


dis is his profile :

1.seorang budak yg selalu sengal2 and memang sengal pun....

2.suka amik gambar org, even time2 yg bahaya....
di mana ada dia, disitu ada kamera...

3.but he hate to edit his pictures...xtahu kenapa,
walaupun dah tanya banyak kali, jawapan dia masih ?????

4.pelajar Perakaunan tahun ke 4 kot....sori ye wahai Mal...

5. Study kat International U ni...ahhahah.....

6.suka main Clarinet.....yg Squidward main tu....


7. ape2 lgi yg berkaitan dgan nya....

8. Nama kami hampir sama cuma berbeza....
saya Raja Akmal Bin Raja Naimi Asyraf, Dia Ajmal Asraf....
hampir serupa tapi berbeza...ahhaha...
Allah mempertemukan kami di masa yg teramatlah jauh dari masa sekarang....
sebenarnya jus 10tahun yg lalu je...ehhehe...


he is my Sahabat....

Mal, Azimat @ wasiat untuk MU...

tolong jaga Blog aku yg xseberapa ni....
jangan letak benda2 merapu2...
kita kan nak berubah..ni masa untuk berubah....
kalo ada masa, jemput dtg ke negara baru aku...plis dtg tau....
Hijrah aku dah tiba....Sahabat dah aku jumpa, Zaujah dah pun aku temui,
Anda pula bila lagi....

Lagi 2 tahun aku pasti akan ambil balik Blog ni....

walau diMANA dia, semoga kau berjumpa dengannya...

Kau sahabat Separuh jasad aku.....

All Da Best Pres. ACC...

quotation from one of the blog that i like to Ibrah from.....

Bukan Sahabat, tapi Separuh Jasad.....

Tuesday, January 31, 2012

Di Mana dan Mana Di????

Penat amik gambar org, gambar sendiri xda pun…

tapi xkisah pun cos I love doing it….

tapi bukan itu yg menarik perhatian saya…

Aliff dtg kat saya time tgah berehat,

tangan ni tgah duk sibuk main kamera,

aliff pun kata “Mal, bila ko nak masuk minang budak pompuan 2?

Asyik duk tgok dari jauh je, nant kalo lambat menyesal xberlagu kang.”

Saya pun gelak la lepas tu…ehhehe….sori Aliff,

Jawapan saya is “Aliff, bukan aku xmo masuk meminang

tapi rasanya masa blum sesuai untuk masuk agy.

Aku pun still study n keje ni pun part time je.”

Then trus la kena fire balik

“ agak2 r bro, aku pun study jugak,

keje part time dgan ko jugak.

Alhamdulillah boleh je kawin..

tu sahabat kita yg lagi 8 org tu, sume dah kawin,

yg si Raja siap ada anak 2 @twins lagi..”

disebabkan terlalu letih n tahu ape akibatnya if jawab lagi, so I just stay out of da topics.

Bukan xnak kawin, sape yg xnak kahwin,

Islam promote Marriage as it could prevent many Ma’siat from happening,

but still people thinks otherwise. huhuhuh….

Bila difikirkan balik, betul jugak ape yg Aliff n all my sahabat already emphasized over n over again bila berjumpa.

Allah akan tolong bila kita ingat kat Dia.

Rezeki tu Allah yg bagi, so there are nothing to be worry actually…


Buat Dia yang sentiasa saya Doakan, semoga Anda dalam sihat walafiat…

Ya Allah, sesungguhnya masih kurang ilmu di dadaku,

Ya Allah, sesungguhnya masih kurang iman di hatiku,

Ya Allah, sesungguhnya masih kurang pahala dalam catatanmu,

Oleh itu Ya Allah,

Penuhkanlah dadaku dgan ilmumu Ya Allah,

Agar aku mampu ingat pada-MU,

Tetapkanlah Iman di hatiku Ya Allah,

Agar aku sentiasa di jalan yang benar,

Terimalah Ibadahku Ya Allah,

Agar aku dapat mencium bau SyurgaMu….

Wahai Dia yang berada Di hatiku,

Aku melihat mu bukan kerana tudungmu,

Bukan kerana pakaianmu,

Bukan kerana cantiknya dan sopannya kamu,

Aku melihat agamamu.

Sesungguhnya jikalau hilang agamamu,

maka hilanglah penglihatan ku terhadapmu

Ya Allah, berikanlah hidayah dan kekalkanlah hidayah mu pada si Dia,

Tetapkanlah hatinya dengan Agamamu Ya Allah,

Aku berdoa jika ada jodoh di antara aku dan dia, engkau satukanlah kami Ya Allah……